Thursday, September 30, 2010

GIMP dan penggunaannya...

Anda suka mengedit gambar??
Mesti anda menggunakan program Paint ke Adobe Photoshop ke Photoscape kan?
Apa kata bertukar pula kepada GIMP untuk mengedit gambar.
Fungsinya sama hanya perlu menggunakan hujung jari untuk meng'explore'..
Download free GIMP melalui internet..


Boleh mula mengedit setelah selesai download.
Banyak boleh diedit menggunakan GIMP ini seperti :
- Crop
- Blur kan gambar
- Sharpen kan gambar
- Attach gambar lain ke gambar asal
- Menambah color dan bentuk2 ke gambar
- Rotate gambar 
- Dan lain-lain..

Semuanya boleh didapati dengan menggunakan GIMP...



Selamat Mencuba!!!

Audacity dan penggunaannya...

Audacity adalah satu program berkaitan dengan audio dan video..
Audio @ video boleh diedit menggunakan audacity.



Antara contoh mengedit video @ audio adalah :
1- Untuk men'trim'(potong) kan audio :


- Tekan File dan pilih Import
- Import audio/video piliihan dan tekan trim di bahagian atas
- Trim kan dari minit ke berapa hingga ke berapa..
- Save kan ia ke dalam folder.

Lagu ditrimkan(dipendekkan)  itu boleh dijadikan ringtone @ sebagainya
kerana telah ditrimkan ke chorus sahaja sebagai contohnhya.

2- Untuk merekod suara kita bergabungan dengan audio 
cara-caranya ialah :



- Import audio/video dari file anda
- Tekan butang merah (rekod) di bahagian atas.
- Stop kan ia setelah rekording tamat.
-Tekan play untuk dengar rekording.
- Save jika ia menepati kehendak anda.

Selamat mencuba!!!!

Open office vs Micrsft Word...

Kami diberi pendedahan oleh pensyarah Kursus KDP tentang penggantian software Microsoft.
Pengenalan Openoffice sedikit sebanyak telah memberi kami 
satu kesedaran bahawa perlu mencari 'backup' software jika suatu tika nanti
Microsoft boleh didapati dengan membayar.
Hal ini kerana software Openoffice hanya FREE of CHARGE!
dengan hanya men'download'....



Antara yang ada dalam Open Office adalah :

- OPEN OFFICE BASE
- OPEN OFFICE CALC
-OPEN OFFICE DRAW
-OPEN OFFICE IMPRESS
- OPEN OFFICE MATH
- OPEN OFFICE WRITER

Open office ini ada persamaan juga dengan Microsoft cuma ada beberapa 
perbezaan seperti nama dan cara pengendalian.
Anda boleh mengenali Open office ini dengan melihat gambar2 di bawah.

- OPEN OFFICE BASE
 

- OPEN OFFICE CALC
 


-OPEN OFFICE DRAW
 

-OPEN OFFICE IMPRESS


- OPEN OFFICE MATH


- OPEN OFFICE WRITER


Selamat Mencuba Teman-teman!!

Wednesday, September 29, 2010

carian jurnal...

untuk tugasan dalam kursus KDP,
kami diminta untuk mencari 2 jurnal berkaitan teknologi dan pendidikan.
kemudahan yang telah dipelajari semasa kursus di PTSL dimanfaatkan dengan betul.
pencarian  jurnal melalui E-jurnal/Database amat mudah..
Akhirnya pencarian 2 jurnal saya berjaya.

Langkah-langkah untuk mencari jurnal :
buka laman web PTSL ; www.ukm.my/library
pilih Database/e-journal
Pencarian melalui Database e jurnal
dengan memasukkan NO ID dan  Password (smpweb)

Pilih 'Education and Phycology'
dan search jurnal berkaitan apa yang dimahukan.
Pilih antara banyak jurnal yang terpapar
dan biasanya jurnal akan dibuka dengan kemudahan Adobe Reader.

Akhirnya,saya berjaya memilih 2 jurnal untuk diringkaskan.
Jurnal 1- The Myths about e-learning in higher education


Jurnal 2- One teacher's Experience : Top Ten......


Tugasan untuk meringkaskan jurnal itu dalam proses dan
memerlukan sedikit masa kerana perlu dibuat dalam bahasa
melayu sedangkan jurnal itu dalam bahasa inggeris.

kursus kemahiran maklumat PTSL..

kursus kemahiran maklumat di PTSL banyak memberi impak positif
kepada sesiapa yang mengikutinya.
Pelbagai kemudahan diajar hanya menggunakan kemudahan di hujung jari.
Sebagai mahasiswa ukm,semuanya boleh didapati melalui Laman Web Perpustakaan PTSL..
 Kemudahan ini digunakan untuk mencari segala maklumat tanpa perlu ke perpustakaan.
Segala pencarian jurnal,artikel,koleksi soalan,seminar juga boleh
didapati melalui laman web ini.

Apa yang didedahkan kepada kami semasa kursus kemahiran maklumat
itu adalah berkaitan beberapa perkara :

1- Katalog Gemilang
2- Koleksi Digital UKM
3- E-jurnal/Database

HOME Laman Web PTSL UKM
www.ukm.my/library



 Katalog Gemilang digunakan untuk mencari maklumat buku-buku di PTSL
sebelum pergi mencari di rak-rak.
Katalog ini digunakan dengan menaip kata kunci kepada buku yang dicari.
contoh: 'Gejala Sosial' dan klik search.
Apa yang akan terpapar segala koleksi buku yang berkaitan dengannya.
Terpapar juga nombor rak,buku dan sebagainya
bagi memudahkan untuk mendapatkan buku itu.



Untuk mendapatkan jurnal-jurnal pula
Database/e-jurnal dapat membantu.
pilih 'Educatin and Phsycology' dan search jurnal yang diperlukan.
jurnal akan terpapar melalui Adobe Reader biasanya.


Koleksi digital UKM digunakan untuk mencari koleksi soalan,artikel,seminar dll.
Masukkan NO ID : no matrik seperti > 1135427
Masukkan Password : smpweb passwod
Login dan teruskan memilih apa sahaja yang anda perlukan!

Nota Refleksi di Blog

Nota refkeksi kini boleh dibuat di blog
Senang sahaja kerana ia juga dapat menguji tahap kecekapan kita terhadap kemajuan ict sekarang.
Akaun blog sudah ada,dan isikan dan manfaatkan ruangan itu dengan nota-nota refleksi.
Nota-nota itu bukan sahaja dapat dirujuk oleh kita sendiri
namun boleh dilawati oleh orang lain untuk memanfaatkan apa yang kita kongsikan bersama.

Cantikkan juga blog dengan corak-corak menarik
untuk menarik perhatian diri sendiri dan orang lain utk membacanya..
cnth: ada ruangan sembang ditepi..ada ruangan 'follower'..

Antara langkah-langkah perlu dibuat :

- Pilih Design disebelah kanan atas blog
- Edit layout dan tambah gadget jika mahu
- Pilih warna-warna yang menarik
- Apply to blog dan View blog.

Jika blog saya,ia kelihatan seperti gambar di bawah >>


Untuk nota-nota pula,sebarang apa yang dipelajari dalam kelas
boleh dibuat refleksi di blog.Nota ini juga akan menjadi pandua kepada orang lain.
contoh nota-nota yang boleh dibuat..
tambah gambar untuk mudah faham dan mudah digambarkan.


Friday, September 24, 2010

Database Yahoo Group..

untuk menyenangkan pensyarah mendapatkan maklumat para pelajar,
kami diminta mengisikan Database yahoo group.
untuk kelas s1k3 & s1k4 kami telah mengaplikasikannya..anda bila lagi??

cara-cara mengisi Database yahoo group;


1- sign in Yahoo Group terlebih dahulu
2- Pilih database di Yahoo group untuk diisi
3- Isi segala maklumat yang diminta cnth: Nama,No Matrik....

Database akan kelihatan begini setelah semuanya disimpan...


kini,semuanya mudah dengan adanya Yahoo Group!!!
selamat meneroka!!!

cara membuat Yahoo Group anda!



emel adalah medium penghubung untuk menyampaikan maklumat
namun,bukan itu sahaja, Yahoo Group juga bertindak sedemikian
tetapi,ia lebih mudah kerana berfungsi juga sebagai 'backup' file..
biasanya kita menyimpan maklumat,tugasan dalam komputer,di'backup' dengan penyimpanan dalam thumbdrive dan sekarang Yahoo Group ada dan ianya lebih terjamin.

Antara cara2 membuat Yahoo Group :







1- Anda mesti mempunyai akaun Yahoo.
2- Sign in Yahoo akaun
3- Klik 'Group' pada homepage Yahoo (automatik akan di 'link' kan ke group anda)
4- Pilih 'start a group' dan pilih kategori anda inginkan
5- Isi segala maklumat berkaitan

kini,Yahoo Group anda sudah dicipta!!
Yahoo Group akan di'link' sebaik sahaja anda sign ini Yahoo akaun.
kini,anda boleh memuatkan segala maklumat tugasan dan segalanya di Yahoo Group..
selamat meneroka!!

cara membuat blog..

blog; berfungsi sebagai medium untuk penulisan pelbagai perkara
dalam menyampaikan informasi kepada semua.
sebagai pelajar,blog boleh djadikan ruangan untuk membuat refleksi pembelanjaran.
nota-nota boleh diuplod ke blog untuk perkongsian bersama teman-teman.

Antara cara membuat blog :



1- buka laman web www.blogger.com
2- pilih create a Google Account
3- isi segala maklumat diri dan tekan 'Continue'
 4- namakan blog anda 
5- pilih template (mengikut citarasa masing2)

Blog anda sudah dicipta!!
Untuk lebih mencantikkan blog anda boleh,menekan

1- Design (pada sebelah atas belah kanan)
2- Plih 'template designer'
3- edit mengikut citarasa anda masing-masing..

sekarang, anda boleh memuatkan refleksi nota di blog!
bukan sahaja dapat berkongsi dengan teman malah 
memanfaatkan teknologi yang ada!

belajar di alam maya..


teknologi ict sekarang semakin meluas.
jadi pembelajaran juga perlu diperluas dengan menggunakan ict.
seperti kursus GE1155 Komputer Dalam Pendidikan,
pengadapatasian pembelajaran di alam maya sudah dilakukan.
kegunaan FACEBOOK bukan sahaja untuk mencari teman,
malah boleh digunakan untutk tujuan pembelajaran..

Membuat GROUP untuk apa sahaja subjek/persatuan/organisasi 
*klik pada gambar utk lebih jelas*

Kehadiran boleh dilaporkan melalui komen @ event 
*klik pada gambar untuk lebih jelas*

Tugasan hanya diberi melalui komen,
tidak perlu menunggu pensyarah di depan mata baru dapat menerima tugasan 
*klik pada gambar untuk lebih jelas*

sejak beberapa bulan saya melalui situasi pembelajaran begini,
saya rasa teruka minda kerana teknologi bukan hanya tertumpu kepada satu perkara.
ianya juga menjimatkan masa kerana semuanya dapat dihubungkan sekelip mata dimana sahaja kita berada.

kesan penggunaan pembelajaran maya ini,
saya dan kawan2 dapat mendalami lebih meluas tentang ict ini,
ini juga membuat kami lebih mahir menggunakan pelbagai jenis teknologi
dan juga membawa kami seiring dengan peredaran zaman.

kini,semuanya lebih mudah..
dengan adanya FACEBOOK,semuanya dihujung jari!