Thursday, October 7, 2010

SOAL SELIDIK LITERASI KOMPUTER


Tugasan yang diberi minggu lepas adalah berkaitan dengan soal selidik.
Kami diarah untuk mengdownload borang soal selidik yang telah dimasukkan ke dalam SPIN.
Soal selidik itu perlu dilakukan kepada 10 orang pelajar Universiti terutamanya UKM.
Manakala,untuk soalan tambahan kami diminta menemubual salah seorang daripada mereka
yang mana merupakan pelajar tahun 1 dengan mengajukan 3 soalan tambahan terakhir.
Temubual itu mestilah direkod sebagai bukti kami menjalankan tugasan tersebut.

Sepanjang soal selidik itu dilakukan,bagi saya tiada masalah yang besar timbul
kerana tiada had untuk kategori responden.
Jadi kepada sesiapa sahaja pelajar Universiti saya boleh serahkan borang itu.
Setakat 10 orang adalah perkara biasa dan untuk tugasan temubual itu saya belum
menyempurnakannya lagi kerana kesuntukan waktu.
Mungkin pada hujung minggu ini saya akan memilih seorang daripada responden 
untuk ditemubual.

Soal selidik ini penting bagi mengukur tahap pengetahuan seseorang tentang komputer.
Malah bukan responden sahaja,tetapi saya ada juga cuba menjawab soal selidik itu dan
ternyata saya tahu bukan semua tentang komputer saya ketahui.
Jadi,saya bersyukur dengan adanya kelas Komputer ini saya dapat meluaskan lagi 
pengetahuan saya dalam komputer kerana pengetahuan ICT sekarang amat penting.

Contoh borang soal selidik :



KLIK pada gambar untuk lebih jelas.

Sunday, October 3, 2010

Broshure di Micrsft Publisher..

Kami telah diajar untuk membuat Broshur oleh Pn Sakinah
yang mana akan digunakan oleh kami untuk membuat tugasan berkaitan dengannya nanti.
Membuat broshur @ pamplet lebih senang dengan adanya Microsoft Publisher.
Sudah tidak perlu lagi untuk memgunting dan menampal lagi.
Semuanya sudah tersedia dan hanya perlu ditaipkan isi kandungan broshur sahaja.
Pelbagai corak dan design boleh dipilih mengikut kesukaan dan kesesuaian broshur itu.

Pengenalan dan cara-cara membuat broshur diajar secara detail kepada kami
seperti berikut :

Pilih 'Broshure' di Microsoft Office Publisher sebelum membuat pemilihan design
broshure itu mengikut corak keinginan anda..


Diteruskan dengan pemilihan design.Pelbagai corak dan design diberi
pilihan untuk dipilih mengikut kesesuaian broshur dan juga kesukaan anda.
Dan saya memilih 'Bubbles' design kerana sesuai dengan apa yang ingin saya buat.


Kemudian tekan butang 'Create' dibawah sekali belah kanan untuk meneruskan
tugasan membuat broshur itu.

Broshur akan ada 2 side iaitu muka depan & muka belakang.
Butang 'no 1' di bawah sekali kiri memberi makna 'muka hadapan'
manakala 'no 2' di situ juga memberi makna 'muka belakang'
muka depan dan belakang yang belum diedit dan belum dimasukkan maklumat akan kelihatan sebegini..

Muka hadapan yang belum diedit

Muka belakang yang belum diedit

Segala design,tulisan,corak,gambar boleh diedit dan dimasukkan pelbagai objek
mengikut kesukaan anda hanya dengan memilihnya di sudut belah kiri page.
Gambar-gambar boleh dibrowse dari file anda.
untuk Tugasan broshur saya memilih tajuk tentang 'Permata Pintar'.
Saya berpendapat bahawa ramai yang tidak tahu tentang program itu dan saya
mencari maklumat melalui portal Permata Pintar sendiri.
Untu pautan,anda boleh KLIK DI SINI.

Hasilnya,inilah broshur yang telah saya buat dan ubah mengikut kesukaan saya.

Muka depan broshur Permata Pintar

Muka Belakang Broshur hasil kerja saya

Moga anda juga selamat mencuba!!!!!

Add File di Yahoo Group...

Yahoo Group anda sudah terisi????
Kemudahan Yahoo Group boleh dijadikan 'backup' storage untuk segala kerja/tugasan.
Bukan sahaja boleh disimpan dalam komputer,thumbdrive tapi juga di Yahoo Group..
Ini lagi selamat kerana mustahil ianya akan rosak berbanding
jika disimpan dalam thumbdrive @ komputer.
Thumbdrive @ komputer boleh crash bila-bila masa dan maklumat akan hilang begitu sahaja
tetapi jika disimpan dalam yahoo Group,even komputer rosak
maklumat boleh didapati dengan mengakses di komputer lain.

Antara cara-cara untuk memasukkan File dalam Yahoo Group ialah:

Log in ke yahoo Group anda dan pilih 'File' ..
Kemudiannya tekan pula 'Create Folder' untuk membezakan 1 tugasan dengan tugasan lain.
Namakan folder anda dengan tugasan-tugasan yg ingin diuplodkan.

Kemudian,pilih 'Add File' untuk mula memilih tugasan yang ingin diuploadkan.
Pilih 'Browse' dan klik pada file yg ingin diuploadkan dan tekan 'Upload File'



Folder yang diupload akan tersiar seperti di bawah dan boleh memasukkan pelbagai tugasan mengikut folder2 yang telah dibuat selagi tiada sebarang arahan yang mengatakan memory penuh.



Sungguh senang juga selamat dengan menyimpan maklumat dan tugasan di Yahoo group ini.
Setakat ini saya telah memasukan hanya 3 Folder Yahoo Group dan File2 didalamnya ada beberapa
kerana setiap perjalanan tugasan perlu diuploadkan tidak kira sama ada masih belum disiapkan.
Pensyarah mahu melihat perjalanan tugasan bukannya hanya ingin produk terakhir yang telah siap.
Hal ini kerana bagi mengelakkan kami membuat tugasan secara tidak jujur iaitu dengan cara meniru @ menyuruh org lain yang buatkan.

Untuk anda2 semua..selamat mencuba juga!