Tugasan yang diberi minggu lepas adalah berkaitan dengan soal selidik.
Kami diarah untuk mengdownload borang soal selidik yang telah dimasukkan ke dalam SPIN.
Soal selidik itu perlu dilakukan kepada 10 orang pelajar Universiti terutamanya UKM.
Manakala,untuk soalan tambahan kami diminta menemubual salah seorang daripada mereka
yang mana merupakan pelajar tahun 1 dengan mengajukan 3 soalan tambahan terakhir.
Temubual itu mestilah direkod sebagai bukti kami menjalankan tugasan tersebut.
Sepanjang soal selidik itu dilakukan,bagi saya tiada masalah yang besar timbul
kerana tiada had untuk kategori responden.
Jadi kepada sesiapa sahaja pelajar Universiti saya boleh serahkan borang itu.
Setakat 10 orang adalah perkara biasa dan untuk tugasan temubual itu saya belum
menyempurnakannya lagi kerana kesuntukan waktu.
Mungkin pada hujung minggu ini saya akan memilih seorang daripada responden
untuk ditemubual.
Soal selidik ini penting bagi mengukur tahap pengetahuan seseorang tentang komputer.
Malah bukan responden sahaja,tetapi saya ada juga cuba menjawab soal selidik itu dan
ternyata saya tahu bukan semua tentang komputer saya ketahui.
Jadi,saya bersyukur dengan adanya kelas Komputer ini saya dapat meluaskan lagi
pengetahuan saya dalam komputer kerana pengetahuan ICT sekarang amat penting.
Contoh borang soal selidik :
KLIK pada gambar untuk lebih jelas.
No comments:
Post a Comment